Teori pelaziman klasik Ivan Pavlov
Teori pelaziman klasik adalah tentang tingkah laku pembelajaran yang telah dipelopori oleh Ivan Pavlov ( 1849-1936). Pada tahun 1980-an. Pavlov mengkaji fungsi pencernaan pada anjing dengan melakukan pemerhatian pada kelenjar air liur. Dengan cara itu, beliau dapat mengumpulkan, menyukat dan menganalisis air liur haiwan itu dan bagaimana ia dapat diberikan makanan pada keadaan yang berbeza. Beliau sedar anjing akan mengeluarkan air liur sebelum makanan sampai ke mulutnya dan mencari hubungan timbal balik antara air liur dengan aktiviti perut. Pavlov hendak melihat rangsangan luar dapat mempengaruhi proses ini. Oleh itu contoh paling awal dan terkenal bagi pelaziman klasik melibatkan pelaziman air liur pada anjing kajian Pavlov.
Berikut adalah tahap-tahap eksperimen dan penjelasan dari gambar di bawah:
Gambar pertama. Apabila anjing diberikan makanan (Ransangan Tidak Terlazim – RTT ) maka secara refleks anjing akan mengeluarkan air liur( Gerakbalas Tidak Terlazim – GTT ).
Gambar kedua. Jika loceng dibunyikan ( Ransangan neutral – RN ) maka anjing tidak memberi respon atau mengeluarkan air liur.
Gambar ketiga. Dalam eksperimen ini anjing diberikan makanan (Ransangan Tidak
Terlazim – RTT ) setelah mendengar bunyi loceng (Ransangan Terlazim – RT )terlebih dahulu, anjing akan mengeluarkan air liur akibat pemberian makanan.
Gambar keempat. Setelah perlakuan ini dilakukan secara berulang-ulang, maka
ketika anjing mendengar bunyi loceng (Ransangan Terlazim – RT ) tanpa diberikan
makanan, secara automatik anjing akan memberikan respon berupa keluarnya air
liur dari mulutnya ( GerakbalasTerlazim – GT ).
Dalam eksperimen ini menunjukkan bagaimana cara untuk membentuk perilaku anjing agar ketika mendengar bunyi loceng ia akan memberi respon dengan mengeluarkan air liur walapun tanpa diberikan makanan. Kerana pada awalnya (gambar 2) anjing tidak memberi respon apapun ketika mendengar bunyi loceng.
Jika anjing secara terus menerus diberikan ransangan berupa bunyi loceng dan kemudian mengeluarkan air liur tanpa diberikan sebuah hadiah berupa makanan.
Maka kemampuan stimulus terkondisi (bunyi bel) untuk menimbulkan respons (air liur) akan hilang. Hal ini disebut dengan extinction atau penghapusan.
Pavlov mengemukakan empat peristiwa eksperimental dalam proses akuisisi dan
penghapusan sebagai berikut:
Konsep Keterangan
Ransangan tidak terlazim Sesuatu yang mampu menghasilkan sesuati gerak balas.
Contoh: makanan
Gerak balas tidak terlazim Sesuatu yang dihasilkan oleh sesuatu rangsangan.
Contoh: lelehan air liur
Ransangan terlazim Ransangan yang baru yang diberi bersama ransangan lama.
Contoh: loceng
Gerak balas terlazim Gerak balas yang dihasilkan oleh ransangan baru setelah
dipadankan dengan ransangan lama.
Contoh: lelehan air liur
Menurut laman sesawang
http://peoplelearn.homestead.com/psychlearncontent2a.html, Psikologi Behaviorisme menggunakan suatu pendekatan ekperimental, ransangan dan objektif
dimana kajian Pavlov tetap merupakan model yang luar biasa dan tidak dapat
ditandingi.
Pavlov bersama anjing yang digunakan bagi menjalankan uji kaji.
Gambaran susun atur kajian yang dijalankan Pavlov.
Contoh Dalam Kehidupan Nyata
Menurut Brennan, James F. 2006 dalam bukunya Sejarah dan Sistem Psikologi, sebagai contoh untuk menambah kelekatan dengan pasangan, jika anda mempunyai pasangan yang “sangat suka ” dengan coklat (RTT), setiap kali anda bertemu (GTT) dengan kekasih anda maka berikanlah sebuah coklat untuk kekasih anda, secara automatik dia akan sangat suka dengan coklat pemberian anda.
Berdasarkan teori, ketika hal itu dilakukan secara berulang-ulang, selanjutnya cukup dengan bertemu dengan anda tanpa memberikan coklat, maka secara automatik pasangan anda akan sangat suka dengan anda, hal ini dapat terjadi pembentukan perilaku antara (RTT), (GTT), (RT), dan (GT) seperti eksperimen yang telah dilakukan oleh Pavlov. Menarik bukan?
No comments:
Post a Comment