Monday, September 20, 2010

Pengenalan

Menurut
Siti Hajar Abdul Aziz 2009, beliau menyatakan bahawa Pengasas teori ini adalah J.B Watson yang popular dengan teori Little Albert. Namun selain daripada J.B Watson terdapat tokoh lain yang turut mengkaji tentang teori ini. Mereka adalah Skinner, Thondike dan Pavlov. Teori pemerolehan bahasa Behavioris pada zaman sebelum ini lebih menekankan tingkah laku yang dapat dilihat sahaja. Bagi mereka perkara yang berlaku dalam otak manusia tidak dapat dikenalpasti. Mereka membuat analogi otak manusia sama seperti sebuah kotak hitam yang gelap. Oleh itu mereka tidak mementingkan peranan otak dalam pemerolehan bahasa. Golongan mazhab ini menolak pendapat yang menghubungkan operasi kognitif dengan pemerolehan bahasa.

No comments:

Post a Comment